Pandang Pertama : BlackBerry Z3

Nama BlackBerry boleh dikatakan agak merudum sejak daripada tahun lepas, dan mereka telah membuat beberapa perubahan pada syarikat mereka, termasuk dari segi pentadbiran sehinggalah perancangan pengeluaran peranti. Salah satu perubahan yang dilakukan adalah dengan bekerjasama dengan pihak Foxconn untuk hadir dengan peranti baru menyasarkan negara-negara membangun.

Ben Quirin – Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia Yang Baru

Pada hari ini satu sesi media diadakan bersama-sama Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia yang baru, Ben Quirin yang menyandang jawatan tersebut setelah Annamalai Muthu meletak jawatan pada bulan Oktober tahun lepas. Ben Quirin yang telah mengendalikan BlackBerry Asia Tengah & Afrika selama lapan tahun turut menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan rantau Indo-China.