Bagi para pengguna komputer riba Mac, kini anda sudah boleh mula mengemaskini sistem operasinya ke versi terbaru iaitu OS X Mavericks, sekaligus menikmati pelbagai fungsi-fungsi baru yang disertakan dengannya.
Apple hari ini telah pun mengumumkan sistem operasi terbaru mereka – OS X Mavericks akan boleh dimuat-turun secara percuma bermula daripada hari ini. Seperti semua sedia maklum, kemaskini sistem operasi ini menyertakan beberapa penambah-baikkan bersama-sama dengannya.