Akhirnya, bagi mereka yang menantikan peranti iPhone 5S dan juga iPhone 5C, kedua-duanya telah mula dijual di Malaysia, dan turut ditawarkan melalui pakej dan pelan daripada Maxis, DiGi dan juga Celcom.
Bersama-sama kemaskini laman Apple Store Malaysia, pihak Apple juga turut mengemaskini halaman iPhone 5S dan juga iPhone 5C, sekaligus memperlihatkan harga peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia.
Apple bakal mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka melalui syarikat telekomunikasi utama di Malaysia bermula 31 Oktober kelak. Terkini, pihak MalaysianWireless berkongsi beberapa info berkenaan harga iPhone 5S dan juga iPhone 5C untuk pasaran tempatan.