Selesai pengenalan iPad Mini 2, Apple telah pun mengemaskini halaman Apple Store Malaysia, dan dilihat iPad Mini generasi pertama kini dijual pada harga bermula RM949 – memperlihatkan potongan harga sebanyak RM50 berbanding sebelum ini.
Selain pengenalan tablet iPad Air, pihak Apple juga turut mengemaskini keluarga iPad Mini mereka, dimana generasi kedua iPad Mini kini hadir dengan skrin paparan Retina – seperti diperkatakan sebelum ini.