Selain daripada versi 4G, Apple juga telah mula menawarkan iPad Air versi WiFi kepada pengguna tempatan melalui para pengedar rasmi Apple di Malaysia, termasuk melalui Switch, Machines, SenQ dan lain-lain.
Bagi mereka yang menantikan tablet daripada Apple yang terkini, iaitu iPad Air, anda sudah boleh mendapatkannya bermula hari ini daripada para pengedar tempatan. Antara yang akan menawarkannya adalah termasuk SenQ, Switch, dan juga Machines.
Syarikat telekomunikasi Malaysia, iaitu Maxis, Celcom dan DiGi, masing-masing telah memulakan promosi awal untuk iPad Air dan iPad Mini Retina. Tetapi tiada sebarang tarikh yang dikongsikan buat masa ini.
Mengambil pentas utama pada acara Apple hari ini semestinya adalah keluarga tablet mereka. Membawakan rekabentuk seumpama keluarga iPad Mini yang diperkenalkan sebelum ini, pihak Apple memperkenalkan generasi kelima iPad mereka sebagai iPad Air.