SwiftKey Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS8 Selepas Bertahun Ditawarkan Di Android

SwiftKeySwiftKey merupakan salah satu papan kekunci maya yang popular di Android untuk bertahun-tahun lamanya. Kini, dengan pengenalan iOS8, pembangun SwiftKey turut memperkenalkan papan kekunci mereka untuk pengguna iOS.

Melalui pengenalan ini, ia membolehkan pengguna iOS8 mengubah papan kekunci mereka kepada papan kekunci SwiftKey – sekaligus membolehkan mereka menggunakan beberapa perkara termasuk menaip dengan gesture, ramalan teks yang mempelajari cara penaipan anda, serta kebolehan untuk menyimpan tetapan anda untuk digunakan pada peranti lain.

Untuk pengguna Android yang sedia menggunakan SwiftKey, menggunakan ia di iOS mungkin bukan sesuatu yang sukar. SwiftKey untuk iOS juga turut membolehkan pengguna menggunakan dua bahasa berbeza pada sesuatu masa.

Bagi pengguna peranti iOS yang telah mengemaskini kepada iOS8, anda boleh memuat-turun ia secara percuma dan menggunakannya pada peranti anda hari ini.

Nota: