Surface Pro Menerima Potongan Harga Lagi – Kini Bermula RM2139 (Dikemaskini)

Setelah membuat potongan harga untuk Surface Pro pada penghujung Ogos yang lepas, kini nampaknya pihak Microsoft membuat potongan harga lagi sekali untuk tablet perkomputeran mereka tersebut, dan kini dijual pada harga bermula RM2139.

Surface Pro Menerima Potongan Harga Lagi – Kini Bermula RM2139 (Dikemaskini)

Potongan harga sebanyak RM110 ini dilihat mungkin kerana kehadiran Surface Pro 2 baru-baru ini, serta membolehkan pengguna untuk mendapatkan versi sebelumnya pada harga rendah.

Untuk versi Surface RT, harga kelihatan masih kekal dan tiada sebarang perubahan buat masa ini.

Kemaskini (25 Oktober; 1721) Ia kelihatan pihak Microsoft mengubahnya kembali kepada harga asal, RM2449.

| INImajalah.com

| Komen: