Surf Selfie : Pemalam Menganalisa Ketagihan Internet Anda

Selfie kini menjadi trend kegilaan pemilik peranti pintar. Ianya menyelinap ke seluruh pelusuk Internet sehingga Dato Seri Najib Razak sendiri di label Bapa Selfie kerana beliau gemar mempamerkan gambar selfie beliau bersama pemimpin – pemimpin dunia. Kini ada Serkollen pula yang membolehkan anda “mengambil gambar” tahap ketagihan anda kepada Internet. Surfkollen ataupun Surf Selfie dalam bahasa Inggeris dibangunkan oleh  Nackedemin, sebuah institut pengajian vokasional yang berpangkalan di Sweden. Melalui pemalan Surfkollen anda boleh melihat tabiat melayar internet anda selama 7 hari. Ia akan mencatat jumlah laman yang dilawati , tiga laman paling kerap dilayari serta hari anda paling aktif. Maklumat ini boleh anda gunakan bagi memuhasabah diri sama ada anda seorang penagih Internet yang memerlukan bantuan ataupun pengguna Internet biasa. Kami melakukan Surfkollen kami sendiri dan ia mengesahkan bahawa kami mempunyai tahap ketagihan yang tinggi! Bagaimana pula dengan anda?

w11wsasqs

 

Nota: