Soundbar Philips Fidelio – Soundbar Dolby Atmos Dengan 18 Pembesar Suara

Sekiranya anda seorang penggila audio, sistem audio Dobly Atmos ialah format terbaru yang paling didambakan. Sistem baru ini menyokong 128 saluran audio bagi memberikan audio yang lebih imersif kepada penonton. Sistem audio yang diperkenalkan di panggung wayang sejak 2012 ini hanya mula muncul untuk sistem teater rumah pada tahun 2014. Sungguhpun begitu sistem audio Dolby Atmos di rumah memerlukan jumlah pembesar suara yang banyak sekaligus memakan ruang yang besar.

Philips-Fidelio-1

Kepada mereka yang mempunyai ruang tamu yang kecil tetapi masih mahukan sistem teater rumah Dolby Atmos, kini wujud soundbar Philips Fidelio. Soundbar ini mempunyai 18 buah pembesar suara dengan konfigurasi 5.1.2 . Keseluruhan sistem mempunyai kuasa 400 W dengan subwoofer 8″ 200 W. Harga jualan masih belum diumumkan dan ianya akan dijual pada musim panas akan datang. Pilihan sambungan adalah Bluetooth APTX, NFC, Koaksial, Optikal, HDMI ARC, 2 HDMI dan bicu audio 3.5mm. Buat masa ini sumber media dengan sokongan Dolby Atmos masih terhad. Hanya 32 filem BluRay seperti American Sniper dan Transformer Age of Extinction menyokong format audio ini. Bagi peminat permainan video pula hanya Star Wars Battlefront menyokongnya.

Philips-Fidelio-2

Nota: