Sony Terbitkan Video Nyah-Kotak Ringkas Untuk PlayStation 4

Konsol permainan PlayStation 4 bakal diperlihatkan disamping info berkaitan dengannya dijangka akan dikongsikan untuk pasaran Malaysia pada hari Khamis ini. Sementara menantikannya, kini pihak Sony telah pun menerbitkan video nyah-kotak mereka untuk konsol berkenaan.

Daripada video berkenaan, ia dilihat menyertakan konsol dengan storan 500gb, DualShock 4, kabel HDMI, kabel pengecas USB, AC Power Cord, headset mono, dan juga buku panduan.

Bungkusan yang diperlihatkan adalah untuk pasaran Amerika Syarikat, dan mungkin ia tidak jauh berbeza dengan pasaran Malaysia.

Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Sony Malaysia pada hari Khamis ini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan konsol permainan terbaru mereka ini.

Nota: