Sokongan Membuat Laporan Polis Atas-Talian Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Sokongan Membuat Laporan Polis Atas-Talian Bakal Diperkenalkan Tidak Lama LagiPada penghujung tahun lepas, PDRM telah sedia mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan sokongan membuat laporan polis melalui portal internet khas. Kini, ia dikatakan segalanya telah bersedia, dan hanya menunggu sedikit perubahan dari segi perundangan.

Menurut PDRM, mereka dan MAMPU telah pun bersedia dengan fasiliti dan sistem tersebut, yang mana akan membolehkan pengguna membuat laporan melalui desktop mahupun melalui telefon pintar.

Walaubagaimanapun, mengikut perundangan ia memerlukan mereka yang membuat laporan untuk menandatangani setiap laporan yang dibuat, dan perkara ini perlu diubah dari segi perundangan untuk pengenalan sokongan membuat laporan polis atas-talian ini.

Selesai sahaja perkara tersebut, kita mungkin akan dapat melihat sokongan tersebut diperkenalkan kepada umum, sekaligus memudahkan proses membuat laporan polis.

Seperti biasa, pihak PDRM meminta agar sistem tersebut kelak tidak disalah-guna oleh para pengguna seluruh negara.

| INImajalah.com

| Komen: