Skype Akan Membolehkan Anda Membuat Panggilan Video Berkumpulan Pada Peranti Mudah-Alih

Skype telah sedia mempunyai fungsi panggilan video berkumpulan pada perisian desktop mereka di Windows dan Mac. Kini, dengan era peranti mudah-alih menerajui komputer desktop, pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dioptimasikan untuknya – dan Microsoft turut melakukan perkara sama dengan Skype.

Skype telah menawarkan sokongan panggilan video pada peranti mudah-alih lebih kurang 6 tahun yang lepas. Bergerak kehadapan, Skype mengatakan mereka telah memulakan fasa ujian untuk panggilan video berkumpulan pada Android, iPhone, iPad dan Windows 10 Mobile.

Dengan fungsi ini, anda boleh membuat pangiglan video berkumpulan pada peranti mudah-alih, sekaligus memudahkan lagi proses perbincangan sesuatu perkara.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian. Namun, jika anda berminat, boleh mendaftarkan minat dan mengujinya terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi fungsi berkenaan.

Nota: