Shopback Kini Menawarkan Cashback Untuk Tempahan Uber

Terdapat banyak cara untuk menjimatkan perbelanjaan seharian. Kebiasannya pengguna akan mencari kupon diskaun namun program Cashback merupakan pulangan tunai terhadap pembelian yang boleh digunakan kemudian hari. Pada hari ini Shopback Malaysia menawarkan pulangan tunai untuk perkhidmatan Uber di pasaran tempatan.

Menerusi tawaran terbaru ini, Shopback yang telahpun sedia popular menawarkan pulangan tunai untuk pembelian menerusi AirAsia, Lazada, Expedia, kini menambah lagi satu jenama popular iaitu Uber. Pengguna hanya perlu melancarkan aplikasi Shopback sebelum menempah kenderaan Uber bagi menerima pulangan wang tunai. Pulangan wang tunai ini boleh digunakan untuk pembelian lain, yang menawarkan kelebihan berbanding diskaun yang biasa.

Sempena ulangtahun kedua Shopback ini, pengguna juga boleh menerima pulangan tunai sehingga RM 22 untuk penggunaan Uber, promosi pembelian barangan dibawah RM 22, dan pelbagai lagi promosi menarik yang hanya berlaku pada 22 Februari 2017. Mereka juga menyediakan halaman khusus untuk promosi ulangtahun ini.

Promosi Menarik: Ulangtahun Shopback Malaysia ke-2

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: