Seperti Peranti Android, Apple Dijangka Menawarkan Mod Penggunaan Satu Tangan Pada iPhone Baru

Apple dijangka akan memperkenalkan dua telefon iPhone baru pada minggu hadapan, dimana satu bersaiz 4.7-inci dan satu lagi bersaiz 5.5-inci. Dengan skrin bersaiz besar, ia mungkin agak sukar untuk menggunakannya dengan satu tangan, dan pihak Apple dilihat akan turut menyertakan sokongan mod sebelah tangan.

Perkara ini bukan sesuatu yang baru, dimana pelbagai peranti Android dipasaran hari ini telah menyokongnya – termasuk daripada Sony, Samsung dan juga Huawei.

iPhone bersaiz besar ini dikatakan akan menyertakan mod tersebut, dan turut dikatakan akan membawakan rekaan lebih kurang seperti iPad baru.

Penggunaan peranti bersaiz besar yang dipanggil phablet ini telah dipopularkan oleh Samsung melalui keluarga Galaxy Note. Disamping itu, pelbagai peranti pada hari ini bersaiz 5-inci, dan memandangkan permintaan untuknya tinggi, maka Apple dilihat tidak ingin ketinggalan dan menawarkan peranti bersaiz besar.

Disamping itu, mereka juga dijangka akan memperkenalkan sokongan NFC untuk tujuan pembayaran menggunakan peranti tersebut.

Apple dijadualkan akan memperkenalkan iPhone generasi baru ini pada 10 September ini, dimana iWatch dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengannya.

Nota: