Samsung Menawarkan Rebat RM15 Untuk EasyTaxi Dari Hari Ini Sehingga 14 Sept Melalui Galaxy Life

Untuk pengguna peranti Samsung, salah satu aplikasi yang ditawarkan adalah Galaxy Life, yang mana hadir dengan pelbagai jenis kupon dan tawaran menarik untuk pengguna. Terkini, bersempena dengan cuti sekolah, pihak Samsung bersama-sama EasyTaxi menawarkan kupon rebat RM15 untuk penggunaan EasyTaxi.

EasyTaxi

Bagi yang tidak mengenali akan EasyTaxi, ia merupakan salah satu perkhidmatan seumpama MyTeksi – membolehkan pengguna membuat tempahan teksi melalui aplikasi. Melalui promosi yang disediakan oleh Samsung ini, ia membolehkan pengguna Galaxy Life sekitar Lembah Klang untuk mengambil peluang mendapatkan teksi menggunakan aplikasi Easy Taxi, dan seterusnya menerima rebat sebanyak RM15 untuk penggunaannya.

Untuk mendapatkan rebat ini, pengguna terlebih dahulu perlu mendapatkan kod khusus melalui aplikasi Galaxy Life, sebelum memasukkannya pada aplikasi EasyTaxi. Seperti biasa, untuk perjalanan melebih Rm15, pengguna perlu menambah wang mereka sendiri untuk bayaran.

Nota: