INImajalah.com

Samsung Memulakan Ujian Android 6.0 Marshmallow Di Korea Selatan

Samsung nampaknya telah mula memberikan perhatian serius untuk kemaskini Android. Selain telah mula menawarkan kemaskini sekuriti bulanan, kini Samsung turut bergerak pantas untuk menguji Android 6.0 Marshmallow untuk peranti mereka.

Galaxy S6 Galaxy-S6-1

Di Korea Selatan, Samsung telah memperkenalkan program ujian beta Android 6.0 Marshmallow untuk Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge – membolehkan pengguna di Korea Selatan menguji sistem operasi terbaru berkenaan sebelum ia dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna. Samsung menyediakan sebuah aplikasi khusus untuknya, dan akan mengadakan ujian beta Android 6.0 Marshmallow berkenaan sehingga pertengahan Januari 2016 kelak.

Ia tidak diketahui lagi pihak Samsung akan memperkenalkan kemaskini akhir Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna peranti mereka. Tetapi, dengan permulaan ujian beta ini, ia mengesahkan Samsung akan menawarkan kemaskini Android generasi baru ini untuk Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge dalam beberapa bulan lagi.

| INImajalah.com

| Komen: