Samsung Galaxy Note 10.1 (2014) Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Samsung telah sedia memperkenalkan Galaxy Note 10.1 (2014) ketika pengumuman global Galaxy Note 3. Kini, ia dilihat tablet tersebut bakal dilancarkan dan dijual di pasaran Malaysia bermula minggu hadapan.

Samsung Galaxy Note 10.1 (2014) Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 10.1 membawakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi paparan pada 2560×1600 pixel, cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz (untuk versi LTE) / 1.9GHz (untuk versi 3G), kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.

Pihak Samsung juga turut menawarkan sokongan KNOX pada tablet ini, selain mana turut menawarkan beberapa kandungan dan aplikasi khusus – termasuk aplikasi Twitter yang dioptimasikan untuk tablet.

Harga jualan untuk Galaxy Note 10.1 (2014) ini di Malaysia dijangka akan diketahui secara rasminya pada minggu hadapan.

| INImajalah.com

| Komen: