Samsung Galaxy Alpha Mula Dijual Pada Harga RM1899 Di Malaysia

Telefon pintar dengan binaa premium Samsung Galaxy Alpha mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula hari ini. Galaxy Alpha mempunyai skrin 4.7″ SAMOLED 720P, pemproses Exynos 5 Octa (1.8 GHz + 1.3 GHz), 2 Gigabyte RAM , muatan dalaman 32 Gigabyte serta kamera utama sebesar 12 Megapixel. Harga jualan ialah RM 1899 sebuah dengan pilihan warna Charcoal Black, Sleek Silver, Dazzling White, Frosted Gold dan Scuba Blue. Alpha mempunyai rekaan yang berbeza dengan rekaan biasa Samsung kerana mempunya kemasan tepi yang diperbuat daripada logam dan bukannya plastik saduran logam. Pada upacara pelancaran Samsung juga mengumumkan tawaran khas jam pintar Gear 2 percuma untuk 100 pembeli pertama Galaxy Alpha. Walau bagaimanapun ini hanya ditawarkan kepada pelanggan di Samsung Experience Store The Gardens dan Gurney Paragon serta Maxis KLCC. Kepada 200 pelanggan pertama juga boleh menebus pakej percutian pecuma 2 hari 1 malam di Caravan Serai Malaysia melalui aplikasi Galaxy Life.

Samsung Galaxy Alpha

 

 

 

Nota: