INImajalah.com

Samsung Didenda Kerana Dikenal-Pasti Membuat Komen Tipu Di Arena Internet

Beberapa bulan sebelum ini, kita sedia mendengar beberapa laporan mengatakan Samsung membayar beberapa orang dalam menulis untuk memburukkan beberapa jenama lain, terutamanya HTC.

Mengikut kajian yang dilakukan pihak FTC (Fair Trade Commision) di Taiwan, ia didapati perkara ini benar, dan dilakukan oleh firma pemasaran untuk Samsung disana. Walaupun perkara ini mungkin dilakukan oleh beberapa syarikat lain, namun Samsung dikatakan telah ditangkap dengan perkara sama pada tahun ini sebanyak lebih kurang dua kali.

Daripada apa yang dilaporkan, Samsung didenda sebanyak $340,000 untuk kesalahan ini, yang mana mungkin bukan suatu nilai yang besar untuk Samsung. Antara perkara yang terlibat dalam kes ini adalah termasuk memberikan ulasan positif ke atas produk Samsung, “menidakkan” berita negatif untuk produk Samsung, dan beberapa perkara yang lain.

Dalam laporan lain, pihak Samsung hari ini mengumumkan keuntungan sehingga $9.56 bilion pada suku tahun terkini.

| INImajalah.com

| Komen: