Rero – Projek Kit Robot Daripada Pembangun Malaysia

Kita sedia melihat beberapa projek daripada pembangun seluruh dunia memfokuskan kepada robotik, dan salah satu daripada pembangun di Malaysia adalah Rero.

rero

Rero dilihat ingin memudahkan sesiapa sahaja untuk membina robot mereka dengan mudah tanpa perlu melalui pelbagai proses yang sukar. Rero juga dilihat memfokuskan kepada pengguna muda dalam menarik minat mereka dalam bidang robotik.

Untuk membangunkan robot sendiri, pengguna hanya perlu memasang dan program-kan robot mereka tersendiri dengan mudah. Sebuah perisian khas turut disediakan untuk memudahkan pengguna program akan gerakan robot mereka. Rero turut mengatakan sebuah aplikasi khas disediakan untuk mengawal robot yang dibina menggunakan telefon pintar berasaskan Android.

Daripada perkembangan syarikat mereka, ia dilihat mereka pernah mencuba untuk mengumpulkan dana melalui Indiegogo sebelum ini, tetapi gagal mencapai sasaran. Walaupun gagal, mereka dilihat seperti masih akan mengeluarkan produk mereka, dan akan mengekalkan harga asal untuk mereka yang sedia menyokong di kempen Indiegogo.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan sihat daripada syarikat ini dari masa ke semasa.

Layari : Rero

Nota: