Rekabentuk Antaramuka Windows 9 Bocor

Beberapa gambar tangkapan skrin apa yang dipercayai Windows 9 versi preview teknikal korporat telah bocor menunjukkan rekabentuk antaramukanya yang sedang dalam pembangunan.

german_windows9_threshold_leak-578-80
german_windows9_threshold_leak_wrongsize2-580-90
german_windows9_threshold_leak_wrongsize-580-90

Gambar-gambar ini telah dibocorkan laman web Jerman  ComputerBase dan WinFuture.

german_windows9_threshold_leak-578-80

Rekabentuk Antaramuka Windows 9 Bocor

ComputerBase dan WinFuture telah mendedahkan beberapa gambar yang menunjukan apa yang dipercayai antaramuka yang sedang dalam pembangunan Windows 9 atau digelar dengan nama kod “Threshold”.

Preview ini ditujukan kepada pengguna korporat yang pada umumnya menggunakan PC, manakala preview berasingan untuk pengguna lain akan memperagakan OS tersebut pada telefon pintar dan tablet dijangka dibuat pada tahun hadapan, menurut sumber laman web CNET. Ini mungkin menjadi bukti bahawa Microsoft ingin menggabungkan OS tablet dengan telefon pintar menjadi satu.

Jika benar ini merupakan gambar tulen, maka ia tentunya versi Windows 9 yang belum siap dan dilihat banyak lagi perkara yang perlu dibuat sebelum ia dilancarkan.

german_windows9_threshold_leak_wrongsize2-580-90

Sebelum ini gambar antaramuka Windows 9 pernah bocor ke web, namun gamabar-gambar ini adalah yang paling lengkap. Dari apa yang dapat dilihat, butang start telah mengalami perubahan, tapi yang paling menarik ialah kebolehan untuk menjalankan aplikasi moden dalam tetingkap pada mod desktop.

german_windows9_threshold_leak_wrongsize-580-90

Turut dipaparkan dalam gambar tangkapan skrin itu ialah fungsi desktop maya atau virtual desktop, pusat notifikasi dan pusat maklumbalas bagi penguji terbina dalamnya.  Charm bar dijangka akan tetap dikeluarkan dari Windows 9.

Pasukan pembangun OS ini dikatakan masih sedang dalam perbincangan tenatang apa yang akan disertakan dalam preview umum Windows 9 dan apa yang akan ditunjukkan dalam preview sebenar nanti mungkin berbeza dari apa yang ada sekarang.

The post Rekabentuk Antaramuka Windows 9 Bocor appeared first on TechKini.com.

Nota: