Razer Mempunyai Perancangan Tersendiri Untuk Permainan Pada Peranti Mudah-Alih

Razer merupakan jenama yang tidak asing lagi dikalangan peminat permainan video, dimana Razer sedia menawarkan sejumlah aksesori dan komputer untuk tujuan berkenaan. Selain daripada itu, Razer juga kini sedang dalam persiapan untuk hadir dengan peranti mudah-alih mereka tersendiri.

Razer sebelum ini telah mengambil-alih Nextbit, sekaligus mendapat pelbagai kelebihan syarikat pengeluar peranti Android berkenaan, termasuk kepakaran rekabentuk peranti daripada HTC dalam syarikat berkenaan.

Sehingga kini, Razer masih tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk arena peranti mudah-alih, tetapi dilihat telah mengorak langkah ke arah hadir dengan sebuah peranti khusus untuk tujuan permainan video.

Bercakap mengenainya sendiri, buat masa ini Razer telah mengeluarkan komputer dan aksesori bernilai lebih $1 bilion, dan masih mempunyai ruangan yang besar dalam arena peranti mudah-alih. Razer sendiri baru-baru ini telah bekerjasama dengan Three, dan dijangka akan memfokuskan kepada arena berkenaan.

CEO Razer sendiri dipetik mengatakan yang mana Razer dan Three akan bekerjasama untuk peranti mudah-alih akan datang – tanpa berkongsi lanjut mengenainya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Razer akan hadir dengan telefon pintar Android dan bersaing dengan sejumlah pengeluar lain dalam arena sama – tetapi memfokuskan kepada kelebihan bermain video; atau mungkin mempunyai perancangan yang berbeza.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan melihat apakah yang akan dibawakan oleh Razer dalam arena permainan pada peranti mudah-alih.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: