Ramly Jangka Pendapatan Cecah RM2 Billion Dengan Kilang Baru

Terkenal dengan jenama Ramly Burger, syarikat anak tempatan ini menjangkakan pendapatan mereka akan meningkat sekali ganda iaitu mencecah RM2 billion berikutan pembinaan kilang produksi baharu di Pulau Indah, Selangor yang akan beroperasi sepenuhnya pada 2018.

ramly a2

Fasa pertama yang dijangka siap pada akhir tahun depan akan meningkatkan kapasiti dari 100 tan kepada 300 tan sehari. Kapasiti akan terus meningkat sebanyak 300 tan sehari selepas siap fasa kedua. Kilang yang akan dilengkapi dengan mesin automatik ini diharapkan dapat membantu Ramly untuk mencapai kemajuan dalam industri pemprosesan halal toyibban (makanan yang bersih, baik dan selamat) di dalam negara dan pasaran antarabangsa.

Buat masa ini perkembangan bisnes adalah statik berikutan fasiliti sedia ada sedang berfungsi pada tahap maksima dan hanya dapat mengeksport produk ke Singapura, Thailand, Indonesia, Cambodia, Myanmar dan Bangladesh.

Dengan pembinaan kilang baru ini, kumpulan Ramly akan mempunyai depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan. Kumpulan Ramly juga akan berupaya meningkatkan aktiviti pengeksportan produk mereka ke rantau Asean, Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea. Ia adalah salah satu pelan pengembangan syarikat yang positif.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram