Program Wings Of KKB 2014 – Selangor Bird Race

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Program Wings Of KKB 2014 – Selangor Bird Race | Pada 25 – 27 April yang lepas Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Program Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga. Penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penyertaan Resorts World Genting sebagai penganjur untuk tahun kedua merangkap penaja utama bagi program ini.

Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi sejarah, warisan dan keindahan flora dan fauna.

Program ini meliputi kawasan Kuala Kubu Baru dan beberapa kawasan di Genting Highland yang berada di dalam daerah Hulu Selangor. Di Genting ini sahaja terdapat banyak spesis burung istimewa boleh dijumpai seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire- tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain.

Dengan penglibatan Genting Highlands sebagai salah satu lokasi pertandingan, ia juga dapat mempromosikan aktiviti memerhati burung di Pusat Peranginan Genting Highlands. Selain penganjuran kali ini adalah bagi memeriahkan dan menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ia dilihat mampu menarik pelancong luar terutama pemerhati burung untuk datang dan menjadi peserta di dalam penganjuran kali ini. Penganjuran kali ketiga ini masih mengekalkan kategori sekolah dan kategori terbuka untuk pertandingan mengenalpasti burung. Selain daripada itu 2 kategori telah ditambah iaitu kategori untuk pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung. Antara acara sampingan yang disediakan bagi memeriahkan lagi program adalah Mini Explorace untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati dan berkongsi keindahan alam semulajadi, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor juga telah menjemput anak-anak istimewa di dalam Daerah Hulu Selangor dan berkongsi dengan mereka untuk program asas mengenalpasti burung.

Yang lebih menarik lagi, beberapa spesis burung yang jarang ditemui juga terdapat di kawasan-kawasan tertentu di daerah Hulu Selangor seperti Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) dan Coppersmith Barbet (Takur Tukang Besi) di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul), Red-wattled Lapwing (Burung Minta Duit) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) dan 3 jenis Munia di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan pelbagai spesis burung gunung di Genting Highlands.

Pihak penganjur telah menyediakan hadiah menarik bagi para pemenang. Bagi acara Birds Race, pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga – ketiga kategori. Bagi pemenang pertandingan fotografi burung, hadiah utama kamera Nikon D3100 menjadi rebutan setiap peserta. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan.

Seperti biasa, jika tidak terdapat apa-apa masalah, pada tahun hadapan program seumpama ini akan dianjurkan lagi oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Maklumat lanjut bolehlah layari laman rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor http://www.mdhs.gov.my/ atau blog Wings Of KKB http://wingsofkkb.blogspot.com/

kkb2 Program Wings Of KKB 2014   Selangor Bird Race

Para VVIP bergambar semasa majlis perasmian Wings of KKB 2014

kkb1 Program Wings Of KKB 2014   Selangor Bird Race

Para media yang sangat ceria sempat bergambar semasa Gala Dinner di upacara perasmian Wings of KKB 2014

kkb 2 Program Wings Of KKB 2014   Selangor Bird Race

Burung Takur – Slah satu spesis burung unik yang terdapat di Kuala Kubu Baru

kkb3 Program Wings Of KKB 2014   Selangor Bird Race

Pelajar-pelajar sekolah rendah sangat teruja ketika upacara pelepasan bagi aktiviti birding

kkb4 Program Wings Of KKB 2014   Selangor Bird Race

Sahabat Media bergambar bersama VVIP dari Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu Semasa Upacara Penutupan Program

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Feri Karam Di Korea – Penyelam Maut Semasa Misi Mencari

Program Wings Of KKB 2014 – Selangor Bird Race
Dr Fuh

Nota: