Pilihanraya kecil Sungai Limau jadi tumpuan komuniti internet

Pengumuman calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Kedah mendapat perhatian ramai komuniti internet hari ini, termasuklah di laman sosial Facebook dan blog.

Dalam pengumuman berasingan di antara kedua-dua parti – Barisan Nasional (BN) dan Pas – pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi, Ahmad Sohaimi Lazim dipilih sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil yang dijadual pada 4 November ini.

Pemilihan Ahmad Sohaimi diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN bagi PRK Dun Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau, Yan, Kedah, hari ini.

pilihanraya sungai limau, prk, pilihanraya
Imej dari Selangorku.com

Sementara Ketua Pemuda Pas Jerai, Ustaz Azam Samad pula diumumkan sebagai calon Pas. Pengumuman itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kira-kira jam 10 malam tadi

Serentak paluan gendang perang pilihanraya kecil itu, BN juga seperti lazim di mana-mana pilihanraya, memulakannya dengan pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta untuk daerah Yan bagi melaksanakan beberapa projek kecil seperti pemasangan lampu jalan, penurapan jalan dan pembinaan jambatan yang akan dilakukan serta-merta. – inimajalah.com

Nota: