Perkhidmatan Storan Awan Ubuntu One Berhenti Beroperasi

Persaingan dalam arena perkhidmatan storan awan memperlihatkan pihak Canonical agak sukar untuk bersaing dari segi tawaran dan harga berbanding beberapa perkhidmatan lain. Perkara ini membuatkan mereka menamatkan perkhidmatan storan awan mereka, Ubuntu One.

Ubuntu One

Canonical sebelum ini telah mengumumkan yang mana akan menamatkan perkhidmatan tersebut pada bulan April yang lepas, dan bermula awal Jun ini sokongan sync untuk Ubuntu One telah berhenti beroperasi.

Ini membuatkan pengguna perlu menggunakan beberapa perkhidmatan lain dalam terus menggunakan sokongan storan awan pada komputer mereka.

Pihak Canonical dilihat menawarkan sokongan untuk memuat-turun data pengguna di Ubuntu One sehingga penghujung Julai kelak. Namun, daripada apa yang dilihat, kadar pengguna mengakses pelayan mereka selama beberapa hari ini agak tinggi, menjadikan mungkin ada yang mengalami kesukaran untuk memuat-turunnya selama beberapa hari ini.

Sekiranya anda merupakan pengguna Ubuntu One, sebagai ganti, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang boleh anda gunakan hari ini, termasuk salah satu yang popular adalah Dropbox.

Nota: