Perbandingan Lenovo Lemon 3, Xiaomi Redmi 3 & Oppo F1

Tiga peranti dengan pemproses Snapdragon 616 dilancarkan dalam masa tiga hari. Peranti tersebut adalah Lenovo Lemon 3, Xiaomi Redmi 3 dan Oppo F1. Ketiga-tiganya mempunyai tubuh yang diperbuat daripada logam dan menyokong pengecasan pantas. Yang membezakan mereka adalah resolusi skrin Lemon 3 yang lebih tinggi (1080P) berbanding Redmi 3 dan F1 (720P). Dari segi kemampuan kamera pula Oppo mempunyai kelebihan kerana kamera hadapan sebesar 8 Megapixel berbanding 5 Megapixel pada dua peranti yang lain. Pada pendapat anda diantara ketiga-tiga peranti ini, yang manakah paling berbaloi dimiliki?

Lenovo Lemon 3

Kemaskini: January 14, 2016
Anggaran: RM470
  • 5" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5 inci dengan paparan resolusi 1080P. Tahap kepadatan pixel skrin pula ialah 441 PPI.

  • Snapdragon 616

    Menggunakan cip 1.5 GHz lapan teras Snapdragon 616. Cip grafik pula ialah Adreno 405.

  • 2GB RAM

    Hadir dalam pilihan memori 2GB.

  • 16GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan 16GB sahaja dengan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

  • 128GB MikroSD

    Sokongan sehingga 128 Gigabyte, Mengggunakan slot SIM kedua.

  • 13MP Kamera

    Kamera belakang 13-megapixel dengan kemampuan mengambil video pada resolusi 1080P.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera belakang 5-megapixel.

  • 4G

    Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM bersaiz Mikro.

  • 2750 mAh Bateri

    Bateri sebesar 2750 mAh tidak boleh ditanggalkan. Menyokong sistem pengecasan pantas QuickCharge 2.0

  • 5.1

    Menggunakan Android 5.1 dengan pelancar Lenovo Launcher.

Xiaomi Redmi 3

Kemaskini: January 14, 2016
Anggaran: RM470
  • 5" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5 inci dengan paparan resolusi 720P. Tahap kepadatan pixel pula ialah 294 PPI.

  • Snapdragon 616

    Menggunakan cip Lapan teras Snapdragon 616. Empat teras pada kelajuan 1.5 GHz dan empat teras pada kelajuan 1.2 GHz. Cip grafik pula ialah Adreno 405.

  • 2GB RAM

    Hadir dalam pilihan memori 3GB.

  • 16GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan 16GB sahaja dengan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

  • 128GB MikroSD

    Sokongan sehingga 128 Gigabyte, Mengggunakan slot SIM kedua.

  • 13MP Kamera

    Kamera belakang 13-megapixel f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF.Mengambil video pada resolusi 1080P.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera belakang 5-megapixel f/2.0. Sistem Beautify mempunyai 36 tahap kecantikan.

  • 4G

    Menyertakan sokongan 4G LTE. Mempunyai sokongan Dwi-SIM bersaiz Nano dan Mikro.

  • 4100 mAh Bateri

    Bateri sebesar 4100 mAh tidak boleh ditanggalkan. Menyokong sistem pengecasan pantas QuickCharge 2.0.

  • 5.0

    Menggunakan Android 5.0 dengan pelancar MIUI7

Oppo F1

Kemaskini: January 14, 2016
Anggaran: RM1270
  • 5" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5 inci dengan paparan resolusi 720P. Tahap kepadatan pixel skrin pula ialah 294 PPI.

  • Snapdragon 616

    Menggunakan cip 1.7 GHz lapan teras Snapdragon 616. Cip grafik pula ialah Adreno 405.

  • 3GB RAM

    Hadir dalam pilihan memori 3GB.

  • 16GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan 16GB sahaja dengan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

  • 128GB MikroSD

    Sokongan sehingga 128 Gigabyte, Mengggunakan slot SIM kedua.

  • 13MP Kamera

    Kamera belakang 13-megapixel f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF. Merakam video pada resolusi 1080P

  • 8MP Kamera Hadapan

    Kamera belakang 8-megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF. Skrin boleh berfungsi sebagai flash ketika mengambil gambar selfie.

  • 4G

    Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM bersaiz Nano dan Mikro.

  • 2500 mAh Bateri

    Bateri sebesar 2500 mAh tidak boleh ditanggalkan. Menyokong sistem pengecasan pantas VOOC.

  • 5.1

    Menggunakan Android 5.1 dengan pelancar Color OS 2.1

Nota: