Peranti Android Mungkin Diharamkan Penjualannya Di Amerika Kerana Melanggar Paten Milik Creative

Sebuah lagi kes saman pagi ini kali ini melibatkan peranti Android. Creative Technology, syarikat yang terkenal dengan kad audio SoundBlaster dan pemain MP3 Nomad suatu ketika dahulu memfailkan saman yang boleh menyebabkan beberapa peranti Android diharamkan penjualannya di Amerika Syarikat. Mengikut syarikat yang berpangkalan di Singapura ini, peranti keluaran HTC, ZTE, Sony, Blackberry, LG, Lenovo/Motorola dan Samsung melanggar paten antaramuka pemain muzik milik mereka.

Creative-Mp3-ipod Creative sudahpun memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) bagi menghalang penjualan peranti-peranti ini sehingga bayaran yang setimpal atas penggunaan paten diterima. Pada tahun 2006 mereka pernah menyaman Apple atas isu yang sama dan menerima $100 Juta (~RM 405 Juta ) untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

 

Nota: