Penyangkut Baju Dengan Pengering Terbina Dihasilkan Di Jepun

Situasi ini kerap berlaku kepada kami. Kami membasuh baju tetapi selepas disidai ianya tidak cukup kering untuk dipakai. Tetapi baju tersebut perlu dipakai kerana ianya yang paling sesuai untuk majlis yang ingin dihadiri. Kerana terpaksa kami menggunakan seterika untuk mengeringkan baju. Alangkah bagusnya jika rumah kami mempunyai mesin pengering tetapi harga jualannya adalah terlalu mahal di Malaysia. Di Jepun masalah ini dialami oleh ramai pengguna dan rumah mereka terlalu kecil untuk diletakkan mesin pengering.

Pengering-Sangkut-2

Oleh itu mesin pengering berbentuk pengering baju ini dihasilkan. Rekaan kompak memudahkan ia digantung pada ruangan yang kecil. Udara panas dihembuskan ke bawah dan mengeringkan baju dengan pantas. Terdapat juga dua corong sambungan tambahan yang membolehkan ia digunakan untuk mengeringkan kasut.  Mesin pengering berbentuk penyangkut baju ini dijual pada harga Yen 5980 (~RM266) sebuah.

Pengering-Sangkut-1

Nota: