Pengguna Galaxy Note 8.0? Sudahkah Anda Kemaskini Kepada Android 4.4.2?

Galaxy Note 8.0 KitKatGalaxy Note 8.0 merupakan salah satu tablet dengan sokongan S-Pen yang telah diperkenalkan Samsung pada tahun 2013 yang lepas. Kini, selepas beberapa peranti Samsung menerima kemaskini KitKat, Note 8.0 turut tidak ketinggalan dan telah tersedia dengan kemaskini terbaru tersebut.

Kemaskini baru ini telah tersedia melalui penawaran OTA dan Samsung Kies. Melaluinya, ia menyertakan pelbagai pembaharuan yang hadir bersama-sama KitKat, termasuk prestasi penggunaan yang lebih pantas, bar status yang dikemaskini, sokongan percetakkan tanpa-wayar, kebolehan menetapkan aplikasi permesejan pilihan, dan pelbagai perkara lain.

Jika anda menggunakan Galaxy Note 8.0, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan memulakan proses tersebut serta menikmati pelbagai fungsi baru yang hadir bersama-sama dengannya.

Nota: