Pelayar Web Maxthon Hadir Untuk Pengguna Peranti Windows Phone

Bagi pengguna Windows Phone yang inginkan pelayar web selain daripada Internet Explorer, kini anda boleh memuat-turun pelayar web Maxthon – dimana ditawarkan secara percuma, selain turut menyertakan antaramuka Metro seperti beberapa aplikasi Windows Phone yang lain.

Melalui pelayar web Maxthon ini, salah satu fungsi menarik yang disertakan adalah kebolehan dan kemudahan untuk akses web multi-device. Menggunakannya, pengguna hanya perlu mendaftarkan akaun Maxthon Passport, dan kemudian sync akan pelayaran web anda antara pelayar web Maxthon di Android, iOS, Windows dan juga Mac.

Pelayar Web Maxthon Hadir Untuk Pengguna Peranti Windows Phone

Fungsi lain seperti sokongan Quick Access, sokongan tab dan sebagainya turut disertakan pada Maxthon untuk Windows Phone ini.

Bagi pengguna Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun pelayar web Maxthon ini secara percuma dari Marketplace hari ini.

| INImajalah.com

| Komen: