INImajalah.com

Paparan Skrin Dari Peranti Dwi-SIM Windows Phone Nokia Tertiris Ke Web

Dwi-SIM Windows PhonePeranti dwi-SIM daripada Nokia bukanlah sesuatu yang baru. Namun, sehingga ke hari ini mereka masih belum memperkenalkan telefon pintar Windows Phone dengan sokongan dwi-SIM.

Perkara tersebut dijangka akan berubah pada tahun hadapan, dimana sebuah peranti dwi-SIM berasaskan Windows Phone, dan dikenali dengan nama “Moneypenny” dijangka akan diperkenalkan.

Melaluinya, pengguna dilihat boleh menggunakan kedua-dua talian pada waktu yang sama, termasuk rangkaian data, panggilan dan juga SMS.

Peranti dwi-SIM boleh dikatakan agak popular di negara-negara membangun, dimana ia tidak memerlukan pengguna membawa dua peranti pada sesuatu masa.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bilakah pihak Nokia akan memperkenalkan peranti dwi-SIM mereka berasaskan Windows Phone ini.

| INImajalah.com

| Komen: