OS X Mavericks Akan Ditawarkan Sebagai Kemaskini Percuma

Apple hari ini telah pun mengumumkan sistem operasi terbaru mereka – OS X Mavericks akan boleh dimuat-turun secara percuma bermula daripada hari ini. Seperti semua sedia maklum, kemaskini sistem operasi ini menyertakan beberapa penambah-baikkan bersama-sama dengannya.

OS X Mavericks Akan Ditawarkan Sebagai Kemaskini Percuma

OS X Mavericks Akan Ditawarkan Sebagai Kemaskini Percuma

OS X 10.9 Mavericks ini membawakan sokongan masa penggunaan bateri yang lebih lama, disamping menambah baik kelancaran sistem operasi berkenaan.

Beberapa aplikasi baru turut disertakan bersama-sama dengannya, termasuk antaranya adalah iBooks, Apple Maps dan beberapa yang lain lagi.

Ini boleh dikatakan pertama kali pihak Apple memperkenalkan kemaskini sistem operasi secara percuma, dan semestinya perkara ini akan diminati dan disukai ramai pengguna mereka.

| INImajalah.com

| Komen: