Opera 25 Beta Hadir Dengan Sokongan Bookmark Bar

Opera Software hari ini telah memperkenalkan versi beta terbaru untuk pelayar web desktop mereka, dimana melalui Opera 25 Beta, ia dilengkapkan dengan beberapa ciri-ciri baru, dan salah satu yang menjadi fokus utama adalah Bookmark Bar.

Menggunakan Bookmark Bar, pengguna boleh menyimpan sesuatu URL untuk diakses pada kemudian masa. Opera 25 Beta membawakan fungsi tersebut yang hilang selepas peralihan kepada enjin Chromium oleh pihak Opera.

Opera 25 Beta

Opera 25 Beta

Melalui fungsi ini, untuk menyimpan sesuatu URL, pengguna hanya perlu klik pada ikon “Love” pada penghujung bar URL, dan ia akan memperlihatkan sebuah pop-up untuk menyimpan dan mengkategorikan URL yang disimpan itu. Secara kasar ia dilihat menyerupai paparan Google Stars yang pernah tertiris sebelum ini.

Paparan senarai penuh Bookmark juga lebih kemas, dan pengguna boleh mengaksesnya mengikut kategori, dan menandakan ia sebagai telah dibaca untuk diarkibkan.

Disamping itu, antara sokongan baru yang turut hadir adalah pembaca PDF yang diintegrasikan, sokongan notifikasi web, dan turut menyertakan versi Linux buat pertama kalinya dalam saluran beta.

Bagi anda yang ingin mencuba beberapa ciri-ciri baru ini sebelum ia hadir secara rasmi ke saluran stabil, anda mungkin boleh memuat-turun Opera 25 Beta hari ini dan mencubanya sendiri.

Nota: