Nokia “Superman” Bakal Menyertakan Kamera 5-Megapixel Pada Bahagian Hadapan?

Dengan Microsoft yang telah mengambil-alih bahagian peranti Nokia, semestinya ramai menantikan beberapa peranti baru yang akan dibawakan oleh mereka. Kini, mengikut desas-desus awal, mereka dilihat bakal hadir dengan beberapa peranti, dan salah satunya dikenali dengan nama kod Nokia “Superman”.

Nokia “Superman” ini dijangka akan dilengkapi dengan spesifikasi pertengahan, menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci dan menjalankan sistem operasi Windows Phone 8.1.

Apa pun, apa yang menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan kamera hadapannya – iaitu dikatakan menggunakan sensor 5-megapixel.

Sekiranya benar, ia tidak mustahil untuk kita melihat Microsoft memasarkannya sebagai peranti untuk selfie.

Di pasaran pada hari ini, terdapat beberapa peranti dengan sensor kamera hadapan bersaiz besar, termasuk daripada Huawei, dan juga HTC.

Nota: