Nokia FIT – Konsep Peranti Boleh Pakai Yang Lain Dari Yang Lain

Semalam Oppo memperlihatkan O Band, peranti boleh pakai mereka yang cuba menerjah masuk ke dalam pasaran peranti boleh pakai yang semakin hangat. Semalam juga jam pintar dari LG dan Motorola diperlihatkan menggunakan sistem operasi khas peranti boleh pakai Android Wear. Bolehlah dikatakan majoriti peranti boleh pakai yang kita lihat setakat ini mempunyai rupa yang sama. Nokia FIT ialah konsep peranti boleh pakai yang berbeza dari apa yang kami lihat setakat ini dan ianya direka oleh Issam Trabelsi. Ianya dipakai pada jari dan bukannya pergelangan tangan dan boleh digunakan untuk melakukan panggilan telefon dengan mudah. Adakah peranti boleh pakai seperti Nokia FIT lebih banyak gunanya dari jam pintar seperti Galaxy Gear? Adakah peranti boleh pakai sesuatu yang pengguna perlukan atau hanya kegilaan pengeluar untuk mencipta pasaran baru untuk diri mereka sendiri? Secara peribadi kami masih belum yakin peranti boleh pakai ini sesuatu yang perlu berdasarkan pengalaman kami melakukan ulasan beberapa peranti sebegini ini sebelum ini.

nokia_fit2 nokia_fit nokia_fit3Sumber Yanko

 

 

Nota: