Ninja Echo – Hijab Muslimah Yang Mesra Fon Telinga

Pemakaian hijab sekarang semakin popular jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lalu. Ini mungkin kerana rekaan hijab tidak terhad kepada tudung bawal dan Mawi World semata-mata. Ratusan rekaan dengan pelbagai warna, jenis kain dan gaya boleh dibeli. Nilai jualan hijab sepanjang 2015 mencecah $1 Billion. Di Malaysia sahaja hijab berjenama Naelofar milik selebriti comel Nur Neelofa mencecah jualan sebanyak RM 50 Juta tahun lalu. Akan tetapi tidak semua rekaan berjaya menyelesaikan satu masalah lama pemakai hijab iaitu kesukaran memakai fon telinga.

ninja-Echo-hijab-1

Oleh itu hijab Ninja Echo dihasilkan oleh pereka Adlina Anis dari Singapura. Hijab ini direka untuk muslimah aktif bersukan yang mahu mendengar muzik ketika bersenam. Berhampiran kawasan telinga terdapat lubang untuk memasukkan fon telinga dengan mudah. Ia turut menggunakan kain rayon dan jersi yang mudah kering supaya peluh tidak membuatkannya tidak selesa dipakai ketika bersenam. Harga jualan hijab ini ialah SGD 35.90 (RM 109.72) sepasang. Ini adalah sebuah lagi inovasi hijab yang menunjukkan menutup aurat tidak semestinya bermakna ia menyukarkan Muslim untuk menjadi mesra teknologi. Sebelum ini kami paparkan hijab Veil yang kalis air dan tidak perlu digosok yang juga direka untuk muslimah aktif.

ninja-Echo-hijab-2

Nota: