Ngeri ! Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Ngeri ! Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter | Berpantang maut sebelum ajal’, itulah yang dilalui seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan.

Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang.

 Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa.

Ngeri Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter Ngeri ! Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter

Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta.

Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat tersebut.

Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.

Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan menembusi bandannya.

Ngeri Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter3 Ngeri ! Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter

“Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik.

“Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan,” katanya.

sumber : mstar.com

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

Ngeri ! Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter
Emas Putih

Nota: