Netropolitan – Laman Media Sosial Untuk Golongan Elit

Terdapat puluhan media sosial di ruangan saiber.  Ada yang masih aktif seperti Facebook dan ada juga yang kurang mendapat sambutan seperti MySpace. Kesemuanya berfungsi untuk mengeratkan hubungan di antara individu dari pelbagai latar belakang, warna kulit, pegangan agama dan sistem operasi mobil berbeza. Facebook berkembang pesat selepas membuka pendaftaran kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun email. Netropolitan, sebuah laman sosial yang baru ditubuhkan mengambil langkah yang berbeza.  Laman sosial ini mensasarkan hanya golongan profesional berharta dan elit. Ianya buah fikiran James Touchi-Peter yang bekerja sebagai seorang konduktor muzik. Beliau mahukan sebuah laman sosial yang hanya membenarkan individu dari kelas tertentu sahaja bergaul. Setiap ahli perlu membayar 9000 Dollar untuk membuka akaun dan yuran pembaharuan keahlian 3000 Dollar setiap tahun.Ini adalah kerana laman Netropolitan tidak akan memaparkan sebarang iklan. Akaun yang dibuka juga tidak boleh ditutup dan wang dikembalikan. Sebaliknya ianya akan dinyaktifkan sehingga bayaran dibuat. Netropolitan kemudian memudahkan golongan profesional elit untuk bergaul dengan individu yang mempunyai latar belakang yang setanding dengan mereka. Menurut James Touchi-Peters juga kesemua informasi dan mesej yang ditulis oleh ahli Netropolitan adalah rahsia dan tidak akan dikongsi dengan syarikat pengiklanan. Idea yang kami rasakan tidak perlu dan sama seperti idea adik beradik kembar Winklevoss. Jika anda berduit adakah anda berminat?

netropitans

Nota: