(MWC 2014) Samsung Gear Fit

Pada pengumuman Samsung Galaxy S5, pihak Samsung turut sama memperkenalkan jam tangan pintar terbaru daripada mereka yang turut memfokuskan kepada kecergasan, selain menyertakan beberapa sensor yang menarik.

Dari segi rekabentuk peranti, Samsung Gear Fit boleh dikatakan jam tangan pintar atau gelang tangan pintar dengan rekaan yang menarik daripada Samsung berbanding kepada Gear 2 atau Galaxy Gear sebelum ini.

Samsung Gear Fit

Ia membawakan sokongan skrin sentuh yang melengkung, sekaligus menjadikan Gear Fit sebagai antara peranti terawal yang menggunakan skrin seumpamanya.

Samsung Gear Fit ini menyertakan sebuah skrin bersaiz 1.84-inci dengan paparan resolusi 432×128 pixel. Daripada penglihatan kami, paparan skrinnya amat jelas, dan ia diaktifkan serta merta apabila pengguna mengerakkan tangan untuk melihat skrinya.

Fungsi-fungsi poplar daripada Gear 2, seperti kebolehan menghubungkan ke telefon pintar, melihat notifikasi emel, melihat SMS, panggilan dan sebagainya turut disertakan. Namun, ia tidak membawakan kamera.

Sebaliknya, pihak Samsung menyertakan sebuah sensor untuk memantau nadi pengguna, selain turut membawakan rekaan kalis air dan debu dibawah spesifikasi IP67.

Samsung turut mengatakan Gear Fit membawakan masa bertahan bateri sehingga tiga ke empat hari dengan penggunaan biasa.

Tarikh pelancaran kepada umum masih tidak diumumkan buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut 11 April – bersama-sama dengan pengenalan Galaxy S5.

Nota: