(MWC 2014) Asus Zenfone 5

Asus Zenfone 5
PemprosesIntel Atom Z2580 1.2GHz dual-core
RAM1GB
Storan Dalaman8/16 GB
Kamera8-MP Belakang + LED Flash, 2MP Depan
Skrin5 inci 1280 x 720 pixel
Bateri2110 mAh

Lanjutan dari pengenalan peranti telefon pintar Asus dalam keluarga Zenfone semasa CES 2014, pada MWC 2014 Asus telah membawakan telefon yang dikuasakan cip pemprosesan Intel ini untuk diuji umum.

Asus Zenfone 5 merupakan telefon pertengahan didalam keluarga Zenfone. Ia juga boleh dimuatkan dengan dua kad sim, memudahkan pengguna untuk bertukar talian terutamanya mereka yang bekerja di sempadan, seperti Johor dan Singapura. Skrinnya yang bersaiz 5 inci turut menggunakan Corning Gorilla Glass 3 dan mempunyai resolusi 720p.

Zenfone 5 tidak membawakan perubahan yang banyak dari Zenfone 4. Salah satu fungsi yang ditambah ialah telefon ini boleh digunakan oleh mereka yang memakai sarung tangan. Kapasiti baterinya juga hampir dua kali ganda berbanding Zenfone 4 dan fungsi kameranya turut dilengkapi LED Flash.

Seperti keluarga Zenfone yang lain ia turut membawakan Zen UI dan dioperasikan menggunakan Android Jelly Bean. Kemaskini KitKat juga akan hadir tidak lama lagi.

Nota: