Motorola Merancang Untuk Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Baru Pada Tahun Ini

Dengan perlumbaan dalam arena jam tangan pintar, ia dilihat pihak Motorola turut tidak ingin ketinggalan, dan dilaporkan bakal memperkenalkan variasi jam tangan pintar baru daripada mereka tidak lama lagi.

MOTOACTV

Untuk makluman, jam tangan pintar daripada Motorola bukan sesuatu yang baru, dimana sebelum ini mereka pernah hadir dengan MotoACTV yang membolehkan pengguna memantau pelbagai aktiviti kecergasan dan sebagainya. Namun, ia tidak dipromosikan dengan meluas ketika itu.

Daripada apa yang dikatakan, Motorola seperti memetik ayat HTC – mengatakan mereka akan memfokuskan kepada masa penggunaan bateri dan juga rekabentuk jam tangan tersebut sendiri.

Apakah ia akan menggunakan platform daripada Google ataupun sebaliknya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Mungkinkah jam tangan pintar daripada Motorola ini akan turut mendapat sambutan seumpama Motorola Moto G sebelum ini?

Nota: