Misteri Villa Nabila timbulkan kemarahan komuniti online

Kejadian seorang remaja yang dikecohkan di Internet kononnya disembunyikan makhluk halus di banglo lama Villa Nabila dekat Danga Bay, Johor sejak Sabtu lalu, kini menimbulkan kemarahan komuniti online.

Sejak remaja itu, Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui selamat di tempat lain, bukan di villa terbabit, rata-rata pengguna online termasuk di laman sosial Facebook dan Twitter serta blog, melahirkan kemarahan masing-masing terhadap remaja berkenaan dan mereka yang menyebarkan berita kehilangan itu.

remaja, villa nabila, mazidulakmal
Imej dari Mazidulakmal.com

Seorang daripada pengguna Facebook dengan nama Aizzatul Izzah Adnan menulis:

“Dah menyusahkan org rmai..polis,bomba..sume yg t’laibat mst bengang wt bdk ni…mak dye punye risau dye leh pulak b’lalalalala ngan awek dye..cchhhooiii punye budak!”

Seorang lagi pengguna laman sosial itu yang menggunakan nama Babylola Myreenz mencatatkan komen berikut:

“Klu anjing penyiasat tu bole becakap mmg dah kne sumpah budak ni menjelir lidah anjing tu dok mencari sia2 je hahaha…bongok pny budak ko dah sedap dgn awek ko org lain lak yg dok risau doa siang mlm tok ko … Mmg die yg setan sebnrnyer.,, bingai…..elok tambat budak ni kt villa tu bru ko tau tekencing teberak kt c2 …. Aishhhh sory ter emo lak hahahaha,”.

Sementara itu, Shida Tasia menulis:

“memyusahkan semua org..byk lg kes yg tk selesai buang masa ngan budak bodoh ni”.

Semua komen itu boleh ditemui di laman fanpage Harian Metro di sini.

Ada juga komen dengan nada kelakar seperti yang dicatatkan oleh Nur Helidahelli:

“malam ni hantu meeting nk saman manusia sebab asik salahkan hantu.hantu pun banyak keje nk buat dari nk culik budak lelaki macam tu buat hapa”.

Remaja terbabit mungkin menjadi mangsa keadaan. Sebagaimana dilaporkan di media Internet, remaja ini dikatakan menyertai  beberapa rakannya yang lain memasuki Villa Nabila, tetapi kemudian keluar dengan selamat.

Apa yang silap ialah mungkin kerana dia tidak memaklumkan kepada ibunya di mana dia berada dan pada masa sama, ada pihak lain menyebarkan cerita kononnya ada seorang remaja disembunyikan makhluk halus di villa itu.  – inimajalah.com

Nota: