Mingguan Amanz – LG G3 Beat, Nokia X Ditamatkan, Lumia CYAN

Sepanjang minggu ini, kita dapat saksikan beberapa peranti sedia ada mula menerima pelbagai kemaskini, termasuk peranti Nokia Lumia yang telah mula menerima kemaskini Lumia CYAN.

Disamping itu, LG pada minggu ini telah memperkenalkan satu lagi peranti baru mereka – LG G3 Beat, yang mana merupakan variasi telefon pintar mampu milik daripada mereka dengan pelbagai elemen daripada LG G3.

BlackBerry pula pada minggu ini hadir dengan satu lagi teaser, dimana mereka telah memperkenalkan BlackBerry Assistant yang akan berfungsi lebih kurang Siri dan Google Now.

Dan akhir sekali, satu lagi berita yang menarik perhatian ramai adalah pengumuman Microsoft untuk menghentikan pengeluaran dan pelaburan pada Nokia X, dan juga peranti Asha, sebaliknya memfokuskan sepenuhnya terhadap platform Windows Phone.

Nota: