Microsoft Merancang Untuk Mengintegrasikan Cortana Pada Windows 9

ClippyPembantu digital pintar Cortana telah diperkenalkan oleh pihak Microsoft untuk pengguna Windows Phone 8.1 baru-baru ini, yang mana masih terhad kepada pengguna di beberapa buah negara. Kini, mengikut laporan baru, pihak Microsoft turut dikatakan bakal memperluaskan sokongannya dan mengintegrasikannya pada sistem operasi komputer mereka.

Menurut beberapa laporan terkini, Cortana dikatakan telah pun mula diuji pada versi pembangunan Windows 9, dan ia tidak mustahil untuk ia diperkenalkan pada versi akhir sistem operasi berkenaan yang dijadualkan untuk pengenalan pada tahun hadapan.

Perkara ini juga mungkin selari dengan konsep “One Windows” daripada Microsoft yang diumumkan baru-baru ini, dimana mereka ingin menyatukan pelbagai jenis sistem operasi Windows kepada satu sistem – sekaligus memudahkan proses pembangunan dan pemasaran produk mereka.

Nota: