Microsoft Menerbitkan Kod Sumber MS Dos Dan Microsoft Word

Computer Histroy Museum sedia mengumpulkan kod sumber untuk beberapa perisian popular, dan hari ini mereka dilihat menambah sumbangan terbaru daripada pihak Microsoft, iaitu MS DOS 1.1 dan 2.0, serta Microsoft Word untuk Windows 1.1a.

MS-DOS

Berkongsi mengenai sejarah MS-DOS, ia dimulakan sekitar 1980, dimana IBM berjumpa dengan Microsoft untuk sebuah projek yang dinamakan “Chess”, memerlukan Microsoft menyediakan sistem operasi untuk komputer. Untuk menjayakannya, Microsoft mendapatkan hak untuk 86-DOS, yang mana telah menjadi langkah awal untuk pembangunan MS-DOS.

Lanjutan daripada MS-DOS, pihak Microsoft turut hadir dengan Microsoft Word untuk DOS pada tahun 1983, sebelum Word untuk Windows hadir pada 1989.

Kini, selang berpuluh tahun selepasnya, pihak Microsoft mengeluarkan kod sumber untuknya, membolehkan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan kod sumber untuk perisian nostalgia tersebut.

Nota: