INImajalah.com

Microsoft Menarik Kembali Kemaskini Windows RT 8.1 Dari Windows Store

Selepas pengenalan kemaskini Windows RT 8.1 lebih kurang dua hari yang lepas, kini ia dilihat yang mana pihak Microsoft telah menarik kembali kemaskini berkenaan, dikatakan disebabkan oleh masalah yang dihadapi segelintir kecil pengguna Windows RT.

Apakah masalah sebenarnya tidak diketahui buat masa ini. Daripada apa yang dilihat, pengguna sedia ada yang telah menaik-taraf sistem operasi Windows RT 8.1 dilihat tidak menghadapi sebarang masalah dalam menggunakannya.

Microsoft masih tidak menyatakan bilakah kemaskini tersebut akan diperkenalkan semula kepada pengguna.

| INImajalah.com

| Komen: