Microsoft Bakal Membawa Papan Kekunci Word Flow Ke Peranti iOS

Pada Windows Phone, salah satu ciri yang menarik yang ditawarkan adalah papan kekunci Word Flow – memudahkan para pengguna membuat input yang jitu dan pantas menggunakannya. Kini, ia dilaporkan Microsoft turut merancang untuk membawa papan kekunci berkenaan ke platform lain, bermula daripada platform iOS.

Word Flow

Microsoft dilihat telah mula menghantar emel kepada beberapa penguji untuk mencuba papan kekunci Word Flow pada iPhone. Sehingga kini, papan kekunci Word Flow menawarkan kebolehan untuk membuat input dengan mudah menggunakan sebelah tangan dan pengguna hanya perlu meluncurkan jari dari satu huruf ke huruf lain untuk menaip sesuatu perkataan – lebih kurang seperti Swype.

Penawaran aplikasi daripada Microsoft kepada platform lain bukan sesuatu yang baru – apatah lagi dengan Apple sendiri menawarkan papan kekunci pihak ketiga untuk digunakan pada iOS. Microsoft juga agak aktif dalam menawarkan aplikasi mereka kepada pelbagai platform lain, dan mungkin kita juga akan dapat melihat Word Flow hadir ke platform lain pada masa akan datang.

Nota: