inimajalah, dherba, herba

Merajuk Dengan Amran, Bolehlah Layan ‘Jadilah Seperti Rashid’

Hari tu, Meran tulis sesuatu. Ramai ibu-ibu marah dengan Meran.

Ibu-ibu marah. Ibu-ibu geram. Ibu-ibu menyampah.

Kami tak tengok ibu-ibu gaduh dengan Meran tapi ramai yang bercerita.

Ramai sangat bercerita, sampaikan, tak habis cerita lagi pasal Meran sampai sekarang.

Ibu-ibu, kalau merajuk dengan Meran, bolehlah layan Rashid. Tengok cerita Rashid. Cerita Rashid pun kelakar juga. Rashid pun bijak juga.

lazada

Rashid macam Meran, suka bagi nasihat. Tapi Rashid tak garang.

Rashid baik. Lepas alarm berbunyi, dia terus mandi, solat subuh. Rashid tak biarkan satu rumah dengar bunyi jam sambil dia berdengkur.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Rashid bertimbang rasa. Setiap masa. Depan ATM pun Rashid fikir tentang orang yang beratur belakang dia.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Rashid tak kaya, tapi tak susah. Alhamdulillah mampu pakai iPhone 1. Tapi dia diam-diam, tak bagitau satu dunia.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Sedih-sedih pun, Rashid masih mampu berfikir. Bila bergaduh, takdelah pula dia ber'cerekarama' untuk tatapan dunia.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Kami suka Rashid, dia baru 'hidup' semalam. Dia hanya lapar, tak lapar perhatian. Rashid bijak.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Rashid tak suka menunjuk. Minum Starbucks pun, Rashid tau untuk simpan sorang-sorang.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Rashid positif, tak dera telinga orang. Rashid pakai earphone di tempat awam.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Cuma.. jangan buat Rashid rasa desperate. Nanti dia jadi scammer.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Satu sebab Rashid kekal bijak, sebab dia tengok animal planet. Tak dera otak tengok benda-benda yang lagi susah daripada sains dan matematik.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Sebab Rashid bijak, bila dia lapar, dia terus pergi kedai. Tak buat soalan acah-acah comel di Facebook.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Ada orang kata page Rashid macam "Be Like Bill". Tapi Rashid tak kisah.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Semalam page Jadilah Seperti Rashid baru ada 8000 likers. Hari ni dah nak dekat 100,000. Patutlah ramai nak jadi admin "Jadilah Seperti Rashid". Tapi Rashid bijak, dia tak mintak jadi admin.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Vocket nak doakan page Rashid terus maju jaya. Sebab Rashid kelakar. Dan positif. Tapi Vocket nak jadi seperti Rashid. Jadi Vocket tarik balik doa di Facebook, dan doa atas tikar sembahyang.

jadilah-seperti-rashid
Via Jadilah Seperti Rashid

Kalau anda nak jadi baik dan bijak seperti Rashid, bolehlah pergi ke FB Page 'Jadilah Seperti Rashid'.

BACA: Bagaimana Fanpage Pembuat Video Lawak Ini Dapat 8000 ‘Like’ Setiap Hari

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram