Maxis Ingin Memudahkan Ibu Bapa Memantau Penggunaan Peranti Anak-Anak Melalui “Kiddie Care”

Maxis sedia menawarkan beberapa aplikasi untuk pengguna peranti mudah-alih, dan kini dilihat mereka turut menambah satu lagi aplikasi baru untuk pelanggan mereka, dinamakan sebagai Kiddie Care.

Kiddie Care merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan kepada para ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak pada telefon pintar dan tablet, disamping pada masa yang sama menghalang akses ke beberapa laman web dan aplikasi.

Ibu bapa juga turut sama boleh menetapkan masa penggunaan, dan memastikan anak-anak mereka mengakses internet dan sesuatu aplikasi untuk suatu kadar masa yang ditetapkan sahaja.

Maxis Kiddie Care

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, ibu bapa perlulah menggunakan perkhidmatan Maxis, disamping peranti yang digunakan oleh anak mereka menjalankan Android 2.2 atau yang terkini.

Maxis mengenakan caj sebanyak RM3 untuk Kiddie Care yang digunakan pada setiap telefon anak-anak, sementara ibu bapa boleh memantaunya menggunakan sebuah aplikasi khas, ataupun terus melalui web. Sebagai promosi pengenalan ini, Maxis menawarkan penggunaan selama 30 hari secara percuma untuk pelanggan baru perkhidmatan Kiddie Care ini.

Nota: